Pengenalan

Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan manusia dan telah mengajarkan manusia bayan (kuasa bertutur dan menjelaskan) serta menurunkan manusia Al-Quran dan telah menjadikan Ia peringatan, penawar, petunjuk, dan rahmat bagi sesiapa yang mempunyai iman. Tidak ada sebarang keraguan pada Al-Quran dan DIA tidak menjadikan Al-Quran menyimpang dan DIA menurunkan Al-Quran sebagi kitab yang lurus, menjadi hujjah (dalil) dan nur bagi sesiapa yang mempunyai keyakinan terhadap Al-Quran. Selawat dan salam yang selengkapnya dan yang paling sempurna keatas baginda SAW yang merupakan sebaik-baik mahkluk di kalangan jin dan manusia. Nur baginda Nabi Muhammad SAW telah mencahayakan hati-hati umatnya. Kedatangan baginda SAW adalah rahmat bagi sekelian alam. Selawat dan salam juga keatas keluarga dan para sahabat baginda SAW yang merupakan bintang petunjuk dan penyebar al-Quran dan juga ke atas sesiapa sahaja yang mengikuti baginda SAW dengan penuh keimanan. Kewujudan Maahad Tahfiz Sheikh Muhammad Nur merupakan sebahagian usaha suci murni untuk meneruskan perjuangan junjungan besar, Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya dalam menyebarkan Al-Quran sekaligus mengamalkan keseluruhan Al-Quran dalam kehidupan. Moga dengan sedikit usaha yang serba kekurangan ini, Allah SWT merahmati dan meredhai usaha ini.


  1. SOKONGAN DAN PENGITIRAFAN MAAHAD TAHFIZ SHEIKH MUHAMMAD NUR

Jemaah Pengurusan MAAHAD TAHFIZ SHEIKH MUHAMMAD NUR bercadang menubuhkan sebuah Institusi pendidikan swasta yang menawarkan perkhidmatan Pendidikan 100%  yang mana kita bahagikan untuk  Penghafalan Al-Quran 60% manakala Akademik 40% . Kami dengan bersungguh-sungguh akan terus berusaha untuk mendapatkan sokongan dan pengiktirafan dari pihak-pihak yang berikut:

  • Berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
  • Berdaftar di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Berdaftar di bawah ROS
  • Mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen Gombak.
  • Mendapat sokongan dari Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.
  • Mendapat sokongan dari MAIS dan Zakat Selangor.
  • Mendapat sokongan Yayasan Sheikh Muhammad Nur Al-Khalidi,  JKKK,JKKP,Masjid Sg Chinchin
  • Sokongan Penduduk Tempatan
  • Sokongan dari Pejabat Bomba dan Penyelamat Daerah.
  • Sokongan dari Kementerian Kesihatan Daerah.

Surat Permohonan Penubuhan

 

  1. ALAMAT SURAT-MENYURAT

MAAHAD TAHFIZ SHEIKH MUHAMMAD NUR,
Masjid Sungai Chinchin,
Lot 2968, Batu 7 ¾, Km 12.5, Jalan Gombak,
53100, Kuala Lumpur, Selangor Darul Ehsan

Tel: 0192600119

4.MATLAMAT PENUBUHAN

Penubuhan MAAHAD TAHFIZ SHEIKH MUHAMMAD NUR ini diwujudkan di atas kesedaran bahawa betapa pentingnya melahirkan golongan para Hafiz Al-Quran khasnya di negeri ini dan seluruh negara amnya. Kewujudan Maahad Tahfiz ini adalah bertepatan pada masanya memandangkan ia suatu keperluan dalam sistem pendidikan dalam menghadapi cabaran kehidupan dalam negara yang membangun. Institusi Tahfiz masih belum mencukupi bagi negara kita, Malaysia yang tercinta. Maahad Tahfiz ini sudah pasti dapat membantu kepada perkembangan penghafalan dan penghayatan Al-Quran disamping menjadi wadah pendidikan, tarbiah dan kebaikan seluruh umat Islam di negara ini. Maahad Tahfiz ini juga diwujudkan bagi mencapai matlamat seperti berikut :

  • Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh membaca Al-Quran dengan cara yang terbaik dan seterusnya dapat menghafal keseluruhan Al-Quran.
  • Menanamkan kepentingan mempelajari, memahami, beramal dan menyampaikan segala perintah-perintah Allah SWT berdasarkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW keseluruh permukaan alam.
  • Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dengan berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan sunnah kehidupan Rasulullah SAW dan mereka juga akan dibimbing supaya menjadi seorang insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.
  • Untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang agama Islam. Ini juga akan menimbulkan keyakinan kepada diri pelajar-pelajar bahawasanya hanya dengan amalan agama sahaja dapat membawa kejayaan di dunia dan di akhirat.
  • Melahirkan Generasi Ceremlang Akademik
  • Melatih pelajar-pelajar supaya berbakti kepada agama, ibu-bapa, dan masyarakat apabila tamat pengajian kelak.
  1. PENTADBIRAN MAAHAD TAHFIZ

MAAHAD TAHFIZ SHEIKH MUHAMMAD NUR adalah di bawah pentadbiran dan pengurusan Jemaah  Pengurusan Maahad Tahfiz itu sendiri. Perlantikan ini telah dibuat pada mesyuarat penubuhan Maahad Tahfiz.

  1. LATAR BELAKANG MAAHAD TAHFIZ

Maahad tahfiz ini ditubuhkan dan diuruskan sepenuhnya oleh waris Sheikh Muhammad Nur Al Khalidi bersama anak jati qariah sungai chinchin. Jemaah pengurusan bercadang MAAHAD TAHFIZ SHEIKH MUHAMMAD NUR akan beroperasi di atas lot 2698 & 2176, Kampung sungai chinchin, iaitu tanah wakaf serta kurnia Sultan dimana Yayasan Sheikh mUhammad Nur Al-Khalidi selaku pemegang amanah dlm urus tadbir tanah tersebut. Buat permulaan operasi, Jemaah Pengurusan memohon bagi menggunakan Bangunan lama sekolah rendah sungai chinchin, gombak yang berada di hadapan masjid sungai chinchin buat sementara waktu.

Bangunan sementara yang akan digunakankan pada masa awal operasi ini ialah 2 unit bangunan sekolah 1 tingkat. 1 unit bangunan panjang yang boleh disekat kepada tiga bahagian boleh menempatkan seramai 20 orang dalam satu masa untuk tujuan, pembelajaran dan penginapan . Di sinilah semua majlis dan program pengajian diberikan, majlis taklim, muzakaran, muhasabah dan home schooling pelajar diberikan. Manakala 1 unit lagi akan dijadikan sebagai pejabat operasi.

Fasiliti yang lain, Maahad memohon kebenaran dari pihak JKKK, JKKP, Masjid, serta ahli-ahli qariah membenarkan penggunaan, ruang-ruang MASJID, Madrasah, Balairaya dan tandas sekiranya MAAHAD ingin menggunakanna bagi tujuan aktiviti harian. 

 

Yayasan Sheikh Muhammad Nur Al-Khalidi

Yayasan Sheikh Muhammad Nur Al-Khalidi

  1. SUKATAN PELAJARAN

Pengajian di Maahad ini dijangka akan mengambil masa 3 tahun untuk hafal Al-Quran dan 2 tahun persediaan menduduki SPM. Setelah tamat hafal 30 juzuk Al Quran,  satu peperiksaan akhir (syahadah) akan diadakan. Syahadah pengajian akan diberikan kepada pelajar yang berjaya. Peringkat pengajian di Maahad ini adalah seperti berikut :

Peringkat Nazirah: Pada peringkat ini pelajar-pelajar ini akan didedahkan kepada kaedah membaca Al-Quran, Tajwid yang betul dan kelancaran membaca AI-Quran.

Peringkat penghafalan: Pelajar akan memulakan penghafalan Al-Quran bermula dari juzuk 30 sehingga ke juzuk 27, Kemudian bermula dari awal juzuk pertama hingga akhir.

Peringkat Akedemik : Pelajar yang berhajat untuk mengambil SPM, Jemaah Pengurusan menyediakan silibus home schooling SPM.

Cadangan Jadual aktiviti pelajar MAAHAD TAHFIZ SHEIKH MUHAMMAD NUR

7.30 am – 8.30 am

  • Rehat dan sarapan pagi

8.30 am -11.30 am

  • Kelas sepenuh masa

11.30 am – 12.00 pm

  • Rehat dan tidur

12.00 pm – 1.00 pm

  • Solat fardhu Zuhur + Makan iqamat

1.30 pm – Waktu A’sar

  • Kelas Pengajian & Penyemakan

4.15 pm – 5.00 pm

  • Ta’lim A’sar

5.00 pm – 6.00 pm

  • Rehat, riadah dan makan malam

6.00 pm – 7.00 pm

  • Solat fardhu Maghrib

7.00 pm – isya’

  • Kelas menghafal baru (sabak)

Lepas isya’ – 9.00 pm

  • Taa’lim + Makan malam

9.00 pm – 10.30 pm

  • Pengajaran hafalan lama (subki & manzil)

11.00 pm – 4.30 am

  • Lampu dipadamkan tidur dan solat
  • Tahajud
  1. PENGAMBILAN PELAJAR

8.1 Pengambilan pelajar adalah seperti berikut:

  • Pelajar berumur antara 13 hingga 17 tahun ( intake pioneer )
  • Bagi pengambilan seterusnya adalah setiap awal tahun ( Januari ) . Hanya bagi pelajar yang berumur 13 tahun sahaja.
  • Mempunyai daya ingatan yang kuat, minat dan kesungguhan yang mendalam
  • Tamat belajar tahun 6 (UPSR) keputusan cemerlang dalam UPSR, PSRA
  • Boleh membaca AI-Quran dengan lancar
  • Boleh membaca ,menulis jawi dan rumi
  • Berakhlak mulia dan mendapat persetujuan ibubapa
  • Lulus temuduga oleh Jemaah pengurusan

8.2 BILANGAN MURID

Untuk permulaan ini madrasah akan mengambil pelajar tidak melebihi 20 lelaki sahaja. Ini disebabkan bangunan asrama terhad. Pengambilan pelajar secara berperingkat setiap tahun juga adalah sebanyak dua puluh (20) orang sahaja dan tempoh belajar di Maahad ini adalah lima (5) tahun.Maka kami akan ikhtiar untuk melengkapkan segala keperluan jangka masa panjang bagi menjamin keselesaan persekitaran Maahad Tahfiz ini nanti. InsyaAllah, untuk jangka masa yang akan datang, kita juga akan menerima pelajar – pelajar dari luar negera.

9.0 TENAGA PENGAJAR

Dua orang guru Hafiz A-Quran adalah diperlukan untuk mengendalikan kelas Hafiz ini. Guru-guru yang dicadangkan ialah mereka yang telah tamat pengajian hafiz dari mana-mana pusat tahfiz dalam dan luar negeri dan berwarganegara Malaysia . Manakala guru-guru silibus home school adalah secara separuh masa. Maahad berusaha mendapatkan guru subjek akademik sekitar gombak yang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kebenaran dari Pengarah KPM/JPN.

9.1 SUMBANGAN DAN GANJARAN

Semua tenaga pengajar yang berkhidmat di Maahad ini adalah secara sukarela atas dasar pengorbanan untuk agama bagi perkembangan Al-Quran itu sendiri. Walau bagaimanapun imbuhan akan diberikan antara Rm 1200 hingga Rm 1500 sebulan. (Permulaan). Jemaah bercadang supaya  guru maahad dilantik sebagai imam 3 masjid sungai chinchin atau imam pelapis.Manakala guru-guru akademik akan dibayar perjam. Ikut pasaran semasa serta pengalam mereka.

9.2 KEMUDAHAN ASAS

Kemudahan asrama akan disediakan. Begitu juga segala keperluan asas. Makan dan minum adalah disediakan dengan yuran bulanan yang berpatutan. Cadangan adalah RM300 seorang pelajar sepenuh masa iaitu tinggal di asrama.

9.3 TEMPAT KEDIAMAN TENAGA PENGAJAR

Oleh kerana tahfiz dijalankan sepenuh masa maka tempat kediaman guru adalah di dalam kawasan sekitar maahad atau masjid sungai chinchin. Bilik untuk guru-guru akan disediakan di dalam asrama itu sendiri.

10.0 SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

Sumber kewangan yang MAAHAD TAHFIZ SHEIKH MUHAMMAD NUR diperolehi adalah daripada sumber-sumber seperti berikut:

  • Kutipan yuran yang diperolehi daripada pelajar-pelajar. Yuran yang berpatutan ini adalah untuk keperluan pelajar seperti yuran pelajaran, belanja makanan dan keperluan-keperluan asas seperti elektrik, air dan alat-alat pembelajaran yang lain.
  • Pengurusan akan usaha mendapatkan dana korporat
  • Bantuan atau sumbangan dari kerajaan pusat dan kerajaan negeri mengikut saluran yang tepat.
  • Sumbangan atau Dana daripada orang ramai atau daripada badan-badan kebajikan tertentu berupa wang tunai atau barangan.

Zakat dan Wakaf.

  • MAAHAD TAHFIZ SHEIKH MUHAMMAD NUR juga menerima sumbangan derma, zakat dan wakaf samada dalam bentuk wang ringgit atau barangan