Kampung Sungai Chinchin


Nama kampung ini ialah Kampung Sungai Chinchin. Terdapat sumber yang mengatakan nama kampung ini mendapat nama bersempena dengan kisah seorang pengantin. Pada ketika itu, pengantin tersebut mandi di sungai yang terdapat di kampung ini. Sewaktu pengantin itu mandi,beliau memecat cincin dan meletakkannya dekat dengan sungai. Apabila beliau telah selesai mandi, beliau mendapati cincinnya sudah hilang dan telah jatuh ke dalam sungai. Hasil bantuan Syeikh Muhammad Nor iaitu pengasas kampung ini, cincin itu berjaya ditemui.Ada yang sumber mengatakan Syeikh Muhammad Nor berjaya menjumpainya dengan menggunakan tongkatnya.Cincin itu telah melekat pada tongkatnya.

Moto

Kafa bilmaut wa’idza
“Cukuplah dengan mati sebagai peringatan”

Moto ini dihasilkan oleh Syeikh Muhammad Nur iaitu pengasas kampung ini. Moto ini telah diambil dari hadis Nabi Muhammad S.A.W.Beliau seorang yang warak dan sentiasa mengingati mati. Beliau telah mengukir ayat ini dalam duit syilingnya. Duit syiling ini akan dibawa bersama-sama ke mana saja beliau pergi. Selain itu, beliau mewujudkan banyak kubur contoh di sekitar masjid. Ia bertujuan menjadi peringatan kepada orang yang masih hidup. Tapi yang tinggal sekarang, hanyalah satu kubur contoh yang berada di bahagian luar mihrab Masjid Sungai Chinchin. Kisah kubur contoh ini pernah dimuatkan di dalam tabloid kosmo.Sila klik [sini] untuk melihat artikel dalam tabloid kosmo. Kubur ini telah dibina sekitar waktu pembinaan Masjid Sungai Chinchin, iaitu pada tahun 1894 sekali gus bermaksud kubur itu sudah berusia lebih 100 tahun.Lubang kubur itu dibina sedalam kira-kira dua meter yang hanya seluas 2.16 meter persegi itu.

 

 

 

 

 

 

Peta Lokasi

Maklumat Asas KampungMaklumat Asas JKKK

Maklumat Asas Kemudahan Masyarakat Dan Kemudahan Infrastruktur

Maklumat Asas Penduduk Rumah/Rumah