Kaji Selidik

Kaji Selidik Penubuhan Maahad Tahfiz Sheikh Muhammad Nur adalah hakmilik Jemaah Pengurusan Maahad Tahfiz Sheikh Muhammad Nur. Kajian dilaksanakan oleh Ahli Jemaah Pengurusan pada 04 April hingga 07 April 2017.

Objektif umum kajian ini untuk menyediakan perancangan awal penubuhan Institusi  Tahfiz serta sebagai sumber sokongan daripada masyarakat setempat  dalam membangunkan Institusi  Tahfiz. Manakala objektif khusus adalah seperti berikut:

  1. Melihat keperluan masyarakat terhadap instiusi tahfiz berdasarkan had umur.
  2. Perancangan ibubapa terhadap pendidikan anak-anak mereka pada masa hadapan
  3. Keperluan kurikulum dalam institusi tahfiz
  4. Kemampuan ibubapa untuk berbelanja bagi tujuan pendidikan
  5. Sumbangan dan minat dalam membangunkan institusi tahfiz hingga berkembang.

METOD KAJIAN

Pemerhatian langsung, serta data primer yang dicerap melalui kajiselidik lapangan (survey research). Kajian lapangan menggunakan kaedah kajiselidik yang telah dijalankan terhadap responden yang dipilih secara rawak dari penduduk atau qariah Masjid Chinchin, Masjid Zakaria, Masjid As Syarif, Surau Ar Rahmaniah, Surau Mukmin, Surau Kuarters Guru Batu 7, Surau Batu 8, Penduduk Batu 7, Penduduk Kg.Sg.Chinchin, dan peniaga sekitar Gombak.

SKOP DAN HASIL KAJIAN

Skop kajian ini secara umumnya merangkumi peribadi responden iaitu pada bahagian satu (1) dan pada bahagian dua (2) pula diajukan soalan pengetahuan mengenai Kampung Sungai Chinchin serta kehendak masyarakat mengenai perjalanan institusi tahfiz yang difikirkan perlu oleh responden

Bahagian Satu (1)

Kaji selidik ini dijalankan terhadap seratus (100) orang responden yang terdiri daripada lima puluh enam (56) orang lelaki, manakala perempuan sebanyak empat puluh empat (44) orang.

Had umur bagi setiap responden adalah berbeza. Maka kami kelaskan seperti di bawah :

Umur ( tahun ) Lelaki (L) Perempuan (P) (L) + (P);  [ % ]
Kurang 21   4   2    6
22 hingga 25   1   2    3
26 hingga 30   4   3    7
31 hingga 35   5   7   12
36 hingga 40   5   7   12
Melebihi 40 37 23   60
Jumlah 56 44 100
 

Dapatan dari kajiselidik ini juga dapat kita lihat taraf pendidikan responden adalah seperti berikut :

Pendidikan Lelaki (L) Perempuan (P) (L) + (P); [ % ]
Tiada/rendah    3     2     5
SPM   22   17   39
Sijil     7     2     9
Diploma   12     9   21
Ijazah   11   14   25
Lain-lain : Phd     1     0     1
Jumlah   56   44 100

Status perkahwinan responden adalah seperti berikut :

Status Lelaki (L) Perempuan (P) (L) + (P); [ % ]
Bujang      6      9   15
Berkahwin    50    35   85
Jumlah    56    44  100

Manakala pengkelasan dalam sektor perkerjaan responden adalah :

Bekerja ( Sektor ) Lelaki (L) Perempuan (P) (L) + (P); [ % ]
Kerajaan    9    16     25
Swasta   21      5     26
Bekerja sendiri   26    23     49
Jumlah   56    44   100

Pendapatan responden mengikut kategori :

Pendapatan (RM) Lelaki (L) Perempuan (P) (L) + (P); [ % ]
Kurang 1500    17     16     33
1501 hingga 2500    15     10     25
2501 hingga 3500      9       4     13
3501 keatas    15     14     29
Jumlah    56     44    100

Bilangan ahli keluarga :

Ahli keluarga ( orang ) Lelaki (L) Perempuan (P) (L) + (P); [ % ]
1 hingga 3    15       8      23
4 hingga 6    23       30      53
7 hingga 9    14       5      19
Melebihi 10      4       1        5
Jumlah    56     44    100

Responden juga menyatakan tahun menetap ataupun pernah berkhidmat di sekitar Gombak. Berikut dikategorikan seperti yang dibawah ini :

Menetap/berkhidmat Lelaki (L) Perempuan (P) (L) + (P); [ % ]
Kurang 5 tahun     8     8      16
6 hingga 10 tahun     5     5      10
Melebihi 10 tahun   43    31      74
Jumlah   56    44    100

 Status kediaman responden.Lihat carta di bawah mengenai status bangunan kediaman responden.

Kediaman Lelaki (L) Perempuan (P) (L) + (P); [ % ]
Milikansendiri     31    28     59
Sewa     23    11     34
Wakaf       2      5       7
Jumlah     56    44    100

Hasil maklumat peribadi asyarakat setempat ini juga dapat kita ketahui juga beberapa faktor yang menyebabkan mereka suka menetap disekitar Gombak. Faktor-faktor yang yang ditetapkan bagi tujuan kajiselidik ini adalah faktor;

  1. keharmonian,
  2. kejiranan,
  3. Kemudahanprasarana
  4. Kemudahan pendidikan.
Faktor L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P L P Jumlah(%)
31 15 8 8 3 3 5 4 4 4 0 2 0 2 2 1 1 1 1 3 1 1    100
Keharmonian                        75
Kejiranan      58
Prasarana                                63
Pendidikan                                63


Bahagian Dua (2)

 Pada bahagian ini merangkumi soalan yang berkaitan pengetahuan responden mengenai Pengasas Kampung Sungai Chinchin serta beberapa soalan pendapat tentang Institusi Tahfiz. Terdapat sepuluh (10) soalan pada bahagian ini dan kesemua responden member maklum balas seperti berikut :


Pengetahuan tentang siapa, Pengasas Kampung Sungai Chinchin.

Tahu pengasas Lelaki (L) Perempuan (P) (L) + (P); [ % ]
Ya 30 27 57
Tidak 26 17 43
Jumlah 56 44 100

 Bersetuju untuk Institusi Tahfiz dibangunkan di Sungai Chinchin

Lelaki (L) Perempuan (P) (L) + (P); [ % ]
Setuju 56 44 100
TidakSetuju   0   0     0
Jumlah 56 44 100

Pengkelasan istitusi tahfiz

L P L P L P L P L P L P Jumlah (%)
Institusi 26 23 3 2 10 6 11 9 1 1 5 3 100
PraTahfiz 56
Madrasah 75
Maahad             77

Perancangan Ibubapa menghantar anak mereka ke institusi tahfiz

Merancang Lelaki (L) Perempuan (P) (L) + (P); [ % ]
Ya 41 30   71
Tidak 15 14   29
Jumlah 56 44 100

 

Apakah waktu operasi pilihan responden adalah seperti di bawah :

Operasi Lelaki (L) Perempuan (P) (L) + (P); [ % ]
1 .Separuh masa    3 15  18
2 .Sepenuh masa      (asrama)  48 29  77
3.          1 & 2    5   0   5
 56 44 100

Kurikulum

Kurikulum Lelaki(L) Perempuan (P) (L) +(P); [%]
1.       Al-Quran 100%   8   2  10
2.       Al-Quran 60%, Akademik 40% 47 40  87
       3.         1 dan 2   1   2    3
Jumlah 56 44 100

Jadual di bawah adalah respon berkenaan yuran bulanan  jika pelajar tinggal di asrama

Yuran Lelaki (L) Perempuan (P) (L) + (P); [ % ]
RM 200 18 19 37
RM 300 26 18 44
RM 400 8 6 14
RM 500 4 1 5
Jumlah 56 44 100

Adakah anda ingin menyumbang idea, tenaga atau harta benda bagi membantu tahfiz berkembang?

Lelaki (L) Perempuan (P) (L) + (P); [ % ]
Ya 52 42 94
Tidak 4 2 6
Jumlah 56 44 100

Bersetuju jika penyertaan pelajar luar belajar di institusi ini?

  Lelaki (L) Perempuan (P) (L) + (P); [ % ]
Ya 55 42 97
Tidak 1 2 3
Jumlah 56 44 100

 Manakala soalan yang terakhir adalah melihat sejauh mana responden berminat menghafaz Al-Quran atau menyertai bengkel hafazan pada usia sekarang.

Lelaki (L) Perempuan (P) (L) + (P); [ % ]
Ya 51 39 90
Tidak 5 5 10
Jumlah 56 44 100

Kesimpulan

Dari keseluruhan maklumat data daripada responden, sambutan dan galakan oleh masyarakat sangatlah positif. Selari dengan pengumuman oleh kerajaan yang telah meluluskan Dasar Tahfiz Negara pada tahun 2016. Maka bertepatan  dengan hasrat penubuhan institusi tahfiz di Kampung Sungai Chinchin ini bertujuan melahirkan celik Al Quran, Menghafaz , Mengajar dan mengamalkannya serta tidak meninggalkan pendidikan akademik yang terancang.

Semoga dokongan semua pihak beserta doa, maka segala usaha yang telah dan akan diperhebatkan nanti mendapat bantuan dan rahmat Allah S.W.T,  agar tertubuhnya Institusi Tahfiz mengikut plan jangka masa panjang yang kami sepakati dapat memberi impak positif kepada masyarakat. Dengan mukjizat yang terpelihara ini dapat menjadi panduan serta petunjuk dalam mendidik ummah.

Penutup.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat dalam kajiselidik yang telah berjalan dengan jayanya walaupun masa begitu terhad mengikut jadual perancangan yang kami susun. Mohon kemaafan jika ada kekurangan sepanjang pihak kami menemui responden. Yang baik itu dari Allah dan segala kekhilafan dari pihak kami. Perancangan Allah itu jualah yang terbaik.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kita, Muhammad S.A.W. moga usaha kecil ini diterima sebagai jihad dan dakwah oleh Allah S.W.T.

Wassalam.